Our Journey of Beautiful Life

By: Malique Firdauz and Iva Ilyana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-May-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
ISTANBUL DAY 2 - BLUE MOSQUE (SULTAN AHMAD MOSQUE)

Beautiful view of the blue mosque
jum masuk...
Ni salah satu pintu masuk dia...
dihiasi 'Seljuk' - Turkish Art yang tulis dengan khat..
...ayat2 al-quran...
Bila masuk je ada laman besar tak berbumbung..
mcm ni la rupanya laman tu dari pintu masuk
Di kawasan laman terbuka ni ada tempat mengambil wuduk
ni kat depan abulation fountain (air pancur mengambil wuduk)
jum masuk dlm masjid..
besarnya kubah dia...
ni la rupanya dalaman masjid sultan ahmad ni..
penuh dengan ceramik buatan tangan dari Iznik
yang ditulis halus dengan ayat-ayat suci Al-Quran..
tak sangka pulak penuh dengan lampu2 kecil..
dipenuhi ceramik/marble berwarna biru...
yg. paling menarik - Mihrab dia yg belah kanan tu...besar kan?
yg. belah kiri tu plak 'Mimbar' dia..tempat imam solat..
ni la rupanya dalaman kubah utama yg dihiasi Ayat Qursi..
ceramik & marmar buatan tangan ni mmg cantik & halus sgt...
nampak tak tingkap2 bermarmar kat belakang tu?...
salah satu masjid yg paling cantik penah kami kunjungi
penuh dengan sejarah dan seni yg menakjubkan..
ni plak 'arch' nak ke kawasan solat perempuan
segelintir tourist mat saleh yg mengunjugi masjid ni, sedihnya..
diaorg tak reti nak pakai tudung betul2..baju plak lengan pendek
...ok its time to go now...ni la pintu gerbang keluar
bunga2 rose yang menhiasi..
kawasan laman masjid
mmg dijaga dgn rapi dan cantik...
 
Hari ni kami terjaga dikala azan subuh kedengaran dilaungkan dari Blue Mosque. Apalagi, lepas je breakfast, kami pun berjalan kaki ke blue mosque..hanya 5 minit je jalan kaki dari hotel


Nama masjid ni bukannya Blue Mosque, tapi diberi gelaran 'Blue Mosque' disebabkan dalamannya yg dipenuhi ceramik berwarna biru. Nama sebenar masjid ni - Sultan Ahmad Mosque atau org Turkish panggil dia 'Sultanahmet Camii'. Dibina dlm tahun 1609-1616 oleh Mehmet Ağa - arkitek terkenal pada masa itu


Masuk je melalui pintu masuk utama..ingat ke masuk dlm masjid tapi rupanya ada laman besar tidak berbumbung! Dikawasan laman besar ni la ada air pancur tempat mengambil wuduk. Tapi skrg ni tak dipakai lagi


Bila kami masuk ke dalam masjid...terpegun sekejap...dalamannya dihiasi penuh dengan lampu2 kecil yang digantung dari syiling...nampak syiling2 yang penuh dengan ceramik biru ni seolah2 berwarna keemasan. Ceramik2 biru yang dihiasi tulisan khat dari ayat2 Al-Quran ni sebenarnya buatan tangan dari Iznik...berseni dan penuh asyik sekali. Lebih2 lagi bila ternampak Mihrab besar...yang ditutupi dengan baldu hitam yg. ditulis 'Allah' dan Mimbar yg. dihiasi emas


Percaya atau tak, kami terasa syahdu bila mengamati keindahan dalaman masjid ni. Sayang pulak kami dtg pagi....sebelum berangkat keluar..kami berazam untuk dtg kembali...insyallah, untuk solat maghrib




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net